Tak ramai orang muda keluar mengundi

Tak ramai orang muda keluar mengundi - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Tak ramai orang muda keluar mengundi, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Tak ramai orang muda keluar mengundi
link : Tak ramai orang muda keluar mengundi

Read also


Tak ramai orang muda keluar mengundi

Calon Perikatan Nasional (PN) yang berpayung di bawah naungan Abah Prihatin, Zulkifli Bujang berkata trend pengundi muda yang keluar membuang undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dilihat agak perlahan sejak pagi tadi.

Menurutnya, perkara itu dilihat berdasarkan tinjauannya sendiri di beberapa pusat mengundi pagi tadi.

“Saya sempat ke beberapa lokasi mengundi dan berdasarkan pemerhatian, walaupun ada saluran yang tinggi jumlah keluar mengundinya, namun golongan muda di saluran 7 dan 8 agak perlahan.

“Saya seru kepada anak muda khusus yang boleh mengundi secara automatik supaya keluar mengundi. Mungkin mereka tidak perasan bahawa mereka sebenarnya layak mengundi.

“Masa tinggal beberapa jam saja lagi untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih pemimpin yang dirasakan layak. Ia menjadi satu kerugian jika tidak keluar mengundi dan akhirnya pemimpin dipilih bukan individu yang mereka mahukan,” Zulkifli dipetik sebagai berkata ketika ditemui wartawan FMT selepas melawat pusat mengundi sekitar Kampung Melayu Majidee.

Beliau juga tidak menolak berkemungkinan bahawa pengundi muda akan mula keluar selepas tengah hari.

“Mungkin tengah hari mereka akan keluar sebab malam tadi masih bersemangat berkempen,” katanya.

DUN Larkin menyaksikan pertembungan enam penjuru antara iaitu Zulkifli, Rasid Abu Bakar mewakili MUDA, Hairi Md Shah daripada Barisan Nasional (BN) dan calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain.

Selain itu, pakar motivasi dan pendakwah bebas, Norramadan Buan turut bertanding sebagai calon Bebas manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diwakili calonnya, Mohamad Riadz Mohamad Hashim.


End©Permadu



Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep & Teknik Persembahan
dibantu oleh Nazura Othman




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu



That's the article: Tak ramai orang muda keluar mengundi
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Tak ramai orang muda keluar mengundi with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/03/tak-ramai-orang-muda-keluar-mengundi.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama