Khairuddin kesal PAS tak amal politik matang dan sejahtera di PRN Johor

Khairuddin kesal PAS tak amal politik matang dan sejahtera di PRN Johor - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Khairuddin kesal PAS tak amal politik matang dan sejahtera di PRN Johor, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Khairuddin kesal PAS tak amal politik matang dan sejahtera di PRN Johor
link : Khairuddin kesal PAS tak amal politik matang dan sejahtera di PRN Johor

Read also


Khairuddin kesal PAS tak amal politik matang dan sejahtera di PRN Johor

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, malam tadi dilihat menzahirkan rasa kecewa dengan pendekatan kempen parti itu mendepani lawan mereka di Johor, Malaysiakini melaporkan.

Malah ahli parlimen Kuala Nerus itu memetik sepotong ayat al-Quran yang menceritakan kisah mengenai dua nabi dengan Firaun.

Kata Khairuddin nasihat sudah pun diberi agar kempen dijalankan mengikut lunas-lunas Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Namun, tambahnya, dasar itu kelihatan tidak menggiurkan.

Menjadi-jadi

"Makin ditegur makin menjadi-jadi.

"Menyerang lebih seronok untuk menarik penonton dan penyokong sendiri," katanya.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera adalah dasar yang ditawarkan PAS semasa parti itu bersama sekutunya menyertai pilihan raya umum (PRU) lalu.

Bekas ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang digugurkan itu tidak menamakan sesiapa dalam kenyataan bersahaja tersebut namun ia menarik apabila muncul selepas beberapa pemimpin parti itu mengeluarkan kenyataan keras terhadap UMNO.

Hanya bertawakal saja

Ketika hubungan dengan UMNO semakin renggang, Khairuddin dilihat menjadi sebahagian kecil pemimpin PAS yang cenderung untuk mengekalkan kerjasama mereka berbanding Bersatu dalam Perikatan Nasional.

Pemecatannya daripada Jawatankuasa Pusat PAS dikatakan berpunca daripada sikap tersebut, namun dinafikan dengan tegas oleh setiausaha agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Malah Takiyuddin pada 16 Januari lalu mencabar Khairuddin agar membuat kenyataan pemecatannya dibuat kerana isu Muafakat Nasional dan PN.

Antara pemimpin PAS yang aktif menyerang UMNO-BN ialah presidennya sendiri, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ahli parlimen Marang itu baru-baru ini menggelar UMNO sebagai parti yang tidak bermoral serta seumpama itik yang patah kaki.

Semalam media sosial PAS menggiatkan serangan terhadap UMNO-BN menjelang hari pembuangan undi hari ini. Sesetengahnya menggunakan perkataan "penyamun" dan "perompak" dalam hantaran mereka.

Kata Khairuddin dengan keadaan yang ada sekarang dia hanya bertawakal saja agar diberikan kesan yang terbaik.

"Saya yakin dengan apa yang diajar oleh apa yang diajar oleh Allah," katanya.

Bekas menteri yang pernah digossipkan dengan usahawan tudung selebriti itu kemudian mengakhiri hantaran berkenaan dengan petikan ayat ke33 dan 44 surah Toha bermaksud: "Pergilah kamu berdua (wahai Musa dan Harun) kepada Firaun kerana dia tersangat jahat. Maka sebutlah kepadanya kata-kata yang lunak mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau dia takut.


End©Permadu



Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep & Teknik Persembahan
dibantu oleh Nazura Othman




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Khairuddin kesal PAS tak amal politik matang dan sejahtera di PRN Johor
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Khairuddin kesal PAS tak amal politik matang dan sejahtera di PRN Johor with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/03/khairuddin-kesal-pas-tak-amal-politik.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama