Title : Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 2)
link : Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 2)
Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 2)
BN bertanding solo tanpa PAS dan Bersatu di PRN Johor
Barisan Nasional (BN) Johor bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Dulu DAP, PKR dan Amanah sokong Bersatu. Sekarang siapa sokong Bersatu?
Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.
ADUN tidak, ahli parlimen pun tidak. Berdiri di dahan yang rapuh. Cakap politik macam anjing menyalak bukit. Inilah Wan Saiful Wan Jan. |
Oportunis UMNO berteduh di payung Bersatu PN yang hanya mampu bertahan sehingga PRU15. Hishammuddin Hussein dijamin kecundang. |
“Tapi ia bukan kuasa kita kerana perkara kerjasama parti dalam hadapi PRN ditentukan pucuk pimpinan di peringkat pusat,” kata Menteri Besar Johor selepas merasmikan majlis penutup Taklimat Pilihan Raya MIC negeri di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru semalam.
Turut hadir Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.
Menteri Besar Johor |
Mengenai keputusan membubarkan DUN Johor bagi mengadakan PRN yang dibuat secara unilateral tanpa melibatkan perbincangan antara parti membentuk kerajaan negeri sedia ada, Hasni berkata tiada keperluan untuk mendapatkan persetujuan parti lain.
“Perkara itu tidak berbangkit kerana ia mengikut Fasal 23 Bahagian Kedua dan Ketiga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 yang diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Oportunis PKR berakal singkat melompat masuk Bersatu dijangka hanya mampu bertahan sehingga PRU15. Selepas itu, berakhirlah kerjaya politik Mohamed Azmin Ali |
“Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) negeri hanya dimaklumkan tentang hasrat ketua kerajaan untuk mencadangkan atau mengemukakan permintaan kepada raja (untuk mempertimbangkan cadangan pembubaran DUN), bukan perlu mendapat persetujuan MMK. Tidak, ia bukan begitu,” katanya.
Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri dilaporkan berkata keputusan membubarkan DUN Johor bagi mengadakan PRN, dibuat secara unilateral tanpa melibatkan perbincangan antara parti yang membentuk kerajaan negeri sedia ada, sekali gus mengetepikan Bersatu dan PAS.
Kerajaan negeri sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi); MIC (dua); Bersatu (11); dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh); dan Amanah (enam).
Ditanya mengenai Johor menjadi medan pertama pengundi 18 tahun, Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata pihaknya tidak akan memandang remeh kuasa mengundi golongan muda dalam PRN itu dan akan menyusun strategi bagi mendapatkan sokongan daripada golongan itu.
Beliau berkata PRN Johor akan menyaksikan lebih 150,000 pengundi berusia 18 hingga 20 tahun yang layak mengundi buat pertama kali dalam sejarah.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
Suntingan terakhir dan diibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 2)
You are now reading the article Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 2) with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/01/bersatu-hampir-pasti-bungkus-di-johor_23.html
Catat Ulasan