Malas nak layan bekas menantu penipu, kata Chef Wan

Malas nak layan bekas menantu penipu, kata Chef Wan - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Malas nak layan bekas menantu penipu, kata Chef Wan, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Malas nak layan bekas menantu penipu, kata Chef Wan
link : Malas nak layan bekas menantu penipu, kata Chef Wan

Read also


Malas nak layan bekas menantu penipu, kata Chef Wan

Berita Harian melaporkan Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, 65, enggan melayan tuntutan saman malu dikemukakan bekas menantunya, Shikin Maembong bernilai RM1 juta yang dihantar melalui peguamnya, semalam.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Chef Wan berkata, dia tidak tamak dan enggan membuang masa melayan tuntutan saman kerana masanya lebih berharga untuk negara.


Chef Wan, bekas menantu berbalas serangan

Selain itu, Chef Wan menegaskan tidak bercadang menyaman semula bekas menantunya yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong, biarpun dimalukan dan menyifatkan namanya lebih tinggi nilai.

"Saya tidak tamak dan tak mahu buang masa turun naik mahkamah. Lagipun, saya percaya berjuta lagi memerlukan perhatian.

"Masa saya terlalu berharga untuk negara. Jangan berikan 'najis' awak pada saya, sila bawa ke tempat lain.

"Awak datang ke halaman saya dan tinggalkan najis. Awak bernasib baik kerana saya tidak berhajat menyaman semula kerana nama saya lebih tinggi nilainya," " tulisnya dalam IG, petang ini.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa terkilan apabila bekas menantunya bertindak menghantar surat saman malu berpunca teguran terbuka dibuat, beberapa bulan lalu. Ia mengenai perbalahan Shikin dengan anak sulungnya, Nadzri atau Chef Riz berhubung anak tunggal, Putri Arriana Natasya, 7.

"Saya selalu lurus bendul dan sentiasa cuba membantu orang lain. Hubungan kami baik sahaja.

"Kami saling menghormati satu sama lain. Malah, saya cuba menjaga perhubungan dengan bekas menantu biarpun mereka sudah bercerai.

"Dia adalah ibu yang baik pada Arriana dan saya selalu memujinya. Dia juga baik terhadap saya, malah sering menyatakan sayang kepada saya biarpun kini sudah jadi bekas mentua.

"Saya sentiasa mengambil berat keadaannya dan Arriana," katanya.

Secara jujur, Chef Wan bercerita, dia selalu pesan sekiranya menghadapi masalah kewangan, beritahu dan akan cuba membantu kerana Arriana adalah cucunya.

Katanya, Nadzri dahulu bergaji kecil dan perniagaan diusahakan kurang maju menyebabkan ada masanya terpaksa membantu anaknya itu dari segi kewangan.

"Jadi, saya selalu mengingatkan Shikin jangan berkeras dengan Nadzri. Ini kerana Nadzri sedang berjuang dengan perniagaannya. Datang pada saya dan akan dibantu.

"Jujurnya, saya akan menghulurkan antara RM500 hingga RM1,000 mengikut kemampuan setiap kali bertemu Shikin dan Arriana.

"Dua kali Arriana dimasukkan ke hospital swasta, sayalah menyelesaikan bil perubatan beribu ringgit. Saya tidak minta Nadzri mahupun Shikin membayarnya," katanya.

Chef Wan menambah, dia tidak suka melihatkan pergaduhan sehingga bapa mentua menerima tempias dan tidak boleh berjumpa cucu bertahun lamanya.

I k l a n 💖:


End©Permadu



Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
 Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Malas nak layan bekas menantu penipu, kata Chef Wan
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Malas nak layan bekas menantu penipu, kata Chef Wan with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/malas-nak-layan-bekas-menantu-penipu.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama