Title : Tokoh politik Pahang kurang yakin bergabung dalam politik
link : Tokoh politik Pahang kurang yakin bergabung dalam politik
Tokoh politik Pahang kurang yakin bergabung dalam politik
Tiada guna bergabung jika tiada kesefahaman dan kestabilan
Seorang tokoh politik disegani di Pahang menyuarakan rasa kurang yakin dengan pengkaedahan bergabung dalam politik serba tidak menentu.
Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, berkata kerjasama politik pelbagai parti sukar diramal sehingga menyebabkan ketidakstabilan dalam sistem politik serta tampuk pemerintahan negara.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu, rakyat tentunya dapat melihat sendiri kesannya di mana, pada PRU-14 lalu, Pakatan Harapan (PH) dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) serta disokong Parti Warisan Sabah (Warisan) memenangi PRU-14.
I k l a n 💖:
Ad©Permadu A D V E R T I S E M E N T
"Namun, hanya 22 bulan kerajaan PH mampu bertahan apabila berlaku krisis politik sehingga menyebabkan berlaku perubahan kerajaan pada peringkat Persekutuan dan sebahagian negeri," kata Mohd Sharkar, yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang.
"Selepas itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga dianggotai pelbagai parti politik pula mengambil alih pemerintahan negara, namun ia juga tidak mampu bertahan lama hanya 17 bulan sahaja.
"Sebelum itu, wujud kerjasama politik, iaitu Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS demi kepentingan Melayu/Islam. Namun ia juga tidak mampu untuk bekerjasama mewujudkan kestabilan.
"Jadi, jika dilihat pengalaman lalu, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO merupakan satu-satunya gabungan politik yang terbukti berupaya membawa kestabilan dan kemakmuran negara," kata Mohd Sharkar lagi menerusi satu hantaran Facebook semalam.
Beliau yang kelihatan meyakini pendekatan tradisional, berkata kemakmuran, kemajuan dan hidup aman damai rakyat berbilang kaum adalah bukti kejayaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini dengan baik selama lebih 60 tahun.
"Cumanya dalam PRU-14 lalu rakyat menghukum BN dan tentunya BN khususnya UMNO menerima keputusan rakyat dan kita memperbaiki segala kelemahan dan keburukan lantaran kelekaan dan kelalaian diri sendiri.
"Menjelang PRN Johor pada 12 Mac ini, rakyat Johor tentukan bijak membuat pilihan terbaik bagi mewujudkan kestabilan di negeri berkenaan," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Kawasan Lanchang itu.
Tambahnya, sebelum ini, kerajaan negeri Johor berada dalam keadaan caca marba apabila ia hanya memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.
Mohd Sharkar seterusnya berkata: "Kerajaan negeri Johor juga tertekan dalam keadaan politik yang tidak stabil. Kita tahu bahawa negara kita pun, kerajaan Keluarga Malaysia pada ketika ini pun mempunyai kombinasi pelbagai parti dan dilihat ia tidak begitu kondusif dan tidak stabil.
"Untuk PRN Johor kali ini, kita juga dapat menyaksikan kerapuhan atau berpecahnya gabungan PH apabila membenarkan PKR menggunakan logo sendiri.
"Keputusan tersebut secara jelas menunjukkan perpecahan dalam PH terutama selepas gabungan itu kalah teruk pada PRN Melaka, 20 November 2021.
"PRN Johor formula terbaik mendapatkan kestabilan politik dan rakyat Johor tentunya bijak menilai parti mana pilihan mereka untuk kestabilan yang hakiki," kata Mohd Sharkar mengakhiri tulisannya.
Seperti biasa, tokoh politik yang disebut-sebut sebagai calon paling layak dan sesuai menjadi ahli parlimen Temerloh ini tidak lupa mencatatkan beberapa tanda pagar seperti #thisispahang, #temerloh4temerloh dan #lanchangforever.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Tokoh politik Pahang kurang yakin bergabung dalam politik
You are now reading the article Tokoh politik Pahang kurang yakin bergabung dalam politik with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/tokoh-politik-pahang-kurang-yakin.html
Catat Ulasan