Title : Selepas dua kali bermadu, Ziela berdepan masalah kewangan
link : Selepas dua kali bermadu, Ziela berdepan masalah kewangan
Selepas dua kali bermadu, Ziela berdepan masalah kewangan
Pernah mencatat sejarah sebagai pelakon wanita teramat seksi 💖 di era 80an dan 90an, pelakon filem kontroversi Tarzan Raja Rimba itu sudah lama meninggalkan dunia keseksian. Malah imej Datuk Ziela Jalil semakin menyerlah ke arah konsep berunsur keislaman.
| Gambar lama Ziela Jalil |
| Ketika berkongsi pengalaman menerbitkan drama pada sesi Instagram (IG) Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), tahun lalu, penerbit filem dan drama televisyen terkenal, Datuk Ziela Jalil memberi bayangan syarikat produksi miliknya, Pena Creative Pictures Sdn Bhd berdepan masalah dalaman. |
| Filem arahan Ackryl Anwari lakonan Barry Prima mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengeksploitasi keseksian fizikal Ziela Jalil |
Krisis kewangan
Pada pertemuan BH Online, seperti dilapor akhbar dalam talian itu, bersama insan seni ini, tanpa berselindung Ziela mengakui Pena Creative berdepan krisis kewangan.
Situasi itu, akui Ziela, menyebabkan dia terpaksa berehat seketika daripada menerbitkan drama bersiri yang selama ini menjadi punca pendapatan.
"Buat masa ini, Pena Creative menangguhkan seketika penerbitan drama bersiri. Kami mungkin akan teroka bidang penghasilan program majalah.
"Kami mahu buat kecil-kecilan sahaja. Sejujurnya, syarikat produksi kami sedang hadapi masalah kewangan dan perlu menyelesaikan hutang sebelum bangkit kembali.
"Buat masa ini, kami sedang memperbetulkan semula pengurusan syarikat. Walaupun terpaksa bermula dari bawah, saya tidak kisah," kata Ziela Jalil.

Ziela turut mengakui kepincangan dalam aspek pentadbiran menyebabkan syarikat berdepan krisis kewangan.
"Pernah berlaku kami kerugian akibat kesilapan pengiraan bajet. Ini terjadi ketika kami menghasilkan drama bersiri Ariana Rose pada 2013.
Rugi RM140,000
"Sudahlah tidak balik modal, saya rugi RM140,000 pula atas kesilapan itu. Bagaimanapun, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa atas insiden itu," katanya.
Masalah kekurangan pelakon dan PKP
Tambah Ziela, masalah kekurangan pelakon yang dihadapi sektor kreatif ketika ini juga menjadi faktor untuk dia menghentikan aktiviti penggambaran.
"Pelakon yang ada terpaksa menghabiskan baki penggambaran drama yang tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Disebabkan itu, ada pelakon yang terpaksa berkejar ke beberapa lokasi berbeza hingga penggambaran berakhir lewat pagi.
"Daripada saya 'stress' disebabkan keadaan itu, lebih baik saya mengalah dan berundur buat seketika dalam menghasilkan drama," kata ibu kepada tiga cahaya mata dan dua cucu ini.
Ziela ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta jenama tudung Fa Collection di Sungai Penchala, di ibu negara, pada Sabtu, 5 Februari, 2022.
Yang turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian pelantikan itu adalah pengasas Fa Collection, Fadylah Aldin.
Ziela jadi tempat rujukan artis-artis wanita yang bermadu
Sementara itu, Ziela berkongsi, hanya disebabkan pengalaman dua kali hidup bermadu, dia pernah dihubungi rakan artis untuk mendapatkan nasihat mengenai persediaan menjadi isteri kedua.

Ziela mendedahkan antara soalan yang diajukan apakah perlu berterus terang atau merahsiakan status diri kepada umum, jika ditakdirkan hidup bermadu.
"Ada seorang artis ini hubungi saya melalui mesej peribadi dan bertanya secara umum bagaimana dengan kehidupan bermadu. Ketika itu, saya tidak pasti status diri artis terbabit apabila pertanyaan diajukan.
"Nasihat saya, jika benar dia hidup bermadu, dia ada pilihan. Pertama, jika memilih untuk berterus terang, dipersilakan. Tetapi jika dia mahu berahsia, terpulang. Berilah alasan apa sahaja tetapi jangan sesekali menafikan perkara itu," katanya.
Ziela berkongsi pernah disoal media mengenai perkahwinannya.
"Saya cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan itu, tetapi dengan cara berdiplomasi dan mereka faham. Kita tidak mahu dituduh menipu jika suatu hari nanti, rahsia kita diketahui ramai," katanya.
Pesan pelakon drama sitkom 2+1 terbitan dan arahan Hafsham, mana-mana individu tidak perlu takut dengan kata-kata negatif hanya kerana memilih berkongsi suami dengan wanita lain.
"Artis terbabit menyatakan perkara yang paling dirisaukan adalah kecaman netizen. Saya katakan kepadanya, kalau ada komen negatif yang ditinggalkan dalam media sosial, padam sahaja dan sekat mereka.
"Ini media sosial kita dan kita berhak untuk buat apa sahaja," katanya yang pernah membintangi filem Driving School arahan Hafsham dan terbitan Allahyarhamah Julie Dahlan.
Kali pertama Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil bermadu adalah menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada 1991.
I k l a n 💖:
Ad©Permadu A D V E R T I S E M E N T
Duta koleksi tudung bawal
Mengulas pelantikan sebagai duta koleksi tudung bawal itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini terharu masih diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai duta produk pada usia separuh abad.
"Alhamdulillah, ketika mula ditawarkan menjadi duta mereka, saya seakan-akan tidak percaya. Ini adalah kali pertama saya ditawarkan menjadi duta produk sepanjang menjadi anak seni.
"Lebih membuatkan saya terkejut, bayaran yang diterima cukup lumayan untuk duta yang berusia seperti saya.
"Sebagai penggemar tudung jenis bawal, koleksi yang disediakan sangat cantik. Tampak premium tetapi harga yang ditawarkan mampu milik," katanya yang mengikat kontrak selama setahun bersama jenama itu.
Mula mencipta nama melalui filem Mr Os pada era 1980-an. Pada 2019, Ziela sekali lagi bertemu jodoh dengan Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.
End©Permadu
| Disediakan oleh Nazura Othman Penulis Berita Permadu Malaysia |
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Selepas dua kali bermadu, Ziela berdepan masalah kewangan
You are now reading the article Selepas dua kali bermadu, Ziela berdepan masalah kewangan with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/selepas-dua-kali-bermadu-ziela-berdepan.html
Catat Ulasan