Najib lancar serangan padu kepada Muhyiddin

Najib lancar serangan padu kepada Muhyiddin - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Najib lancar serangan padu kepada Muhyiddin, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Najib lancar serangan padu kepada Muhyiddin
link : Najib lancar serangan padu kepada Muhyiddin

Read also


Najib lancar serangan padu kepada Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas tuduhan bahawa UMNO “rakus” dan “tamak kuasa” kerana mengusulkan pembubaran DUN Johor untuk membuka ruang pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Langkah Sheraton, khianat PH, singkir Mahathir itu rakus

FMT memetik hantaran Facebook terbaru ahli parlimen Pekan itu, di mana Najib berkata, “Langkah Sheraton” itu yang rakus kerana mengkhianati gabungan sendiri dan menggantikan pengasas parti (Bersatu) untuk menjadi Perdana Menteri, malah menggunakan “scheme of things” bagi mengekalkan kuasa.

Terima individu semburit, rasuah dan segala katak itu rakus

“Ini baru rakus…’scheme of things’ untuk beli dan sogok Ahli-ahli Parlimen UMNO untuk kekalkan jawatan sendiri sebagai PM. Menerima individu-individu yang dikaitkan dengan semburit, rasuah dan segala katak untuk menjadi PM.

Buat darurat, gantung parlimen, abai titah Raja itu rakus

“Buat darurat untuk gantungkan Parlimen dan membuat PKP separuh masak berbulan-bulan lamanya untuk menyeksa rakyat bagi mengelak sendiri ditumbangkan di Parlimen, derhaka kepada titah-titah Raja-raja Melayu dan YDPA…,” kata Najib lagi.

Najib menambah, PRN Johor dibuat bukanlah kerana UMNO tamakkan kuasa, sebaliknya ia adalah untuk mengembalikan mandat rakyat dengan cara demokrasi.

Tiada jaminan UMNO dan BN akan menang

Justeru, katanya tiada jaminan UMNO dan BN yang disifatkan Bersatu sebagai “rasuah” dan “tamak kuasa” akan menang, sebaliknya pihak pesaing yang perlu yakin dengan kekuatan parti mereka.

“Tiada jaminan pun bahawa UMNO dan BN yang dituduh mereka (Bersatu) sebagai rasuah dan tamak akan menang. Kenapa sendiri tak ‘confident’ biarpun sendiri mengaku sendiri hebat dan paling prihatin rakyat?” katanya.

Pada 30 Januari lalu, seramai 10 Ketua Penerangan Bersatu bahagian di Johor tampil menyokong penuh Resolusi Muzakarah PAS-Bersatu untuk bertanding atas nama Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor.

I k l a n 💖:


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir
 KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Najib lancar serangan padu kepada Muhyiddin
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Najib lancar serangan padu kepada Muhyiddin with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/najib-lancar-serangan-padu-kepada.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama