Politik Matang & Sejahtera Dato' Awie

Politik Matang & Sejahtera Dato' Awie - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Politik Matang & Sejahtera Dato' Awie, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Politik Matang & Sejahtera Dato' Awie
link : Politik Matang & Sejahtera Dato' Awie

Read also


Politik Matang & Sejahtera Dato' Awie

Tua bangka, tapi tamak haloba, kata Awie

Awie (Gambar Kosmo!)

Diminta mengulas mengenai situasi kepincangan yang berlaku dalam industri berkaitan penggunaan nama kumpulan band, penyanyi rock terkenal, Datuk Awie menganggap orang yang tamak sahaja yang akan kecoh mengenai perkara itu.

Awie (Gambar Harian Metro)

Memberitahu Harian Metro, Awie berkata: "Orang tamak sahaja yang kecoh mengenai perkara ini. Kita tengok dari penampilan awal Alleycats, Carefree, Sweet Charity dan banyak lagi, tak ada pun nak berebut nak guna nama.

"Saya pernah keluar dari Wings, tapi tak pernah nak 'claim' apa-apa. Kenapa nak bergaduh sebab nama? Nama sendiri tak kuat ke? Kau tak ada populariti ke?

"Kau nak guna nama itu, tapi janganlah sampai menghukum kawan sebab tak ada faedah. Kami pun ada anggota yang sudah keluar dan guna nama Wings, tapi kami tak bising pun," katanya.

Awie dan sahabat dalam Wings kecewa

Awie mewakili sahabatnya dalam Wings turut meluahkan kekecewaan atas situasi yang berlaku.

Walaupun Harian Metro dan Awie tidak menyebut nama, ianya dipercayai merujuk kepada kemelut melanda Kumpulan Search yang sedang berbalah sesama sendiri berkaitan perebutan jenama kumpulan muzik rock itu.

"Kami beranggapan mereka ini abang dan kami adik mereka. Memang kecewa bila sudah berusia begini, nak jadi tamak.

"Kami kecewa sebab benda begini sepatutnya tak boleh berlaku. Masing-masing nak cari makan dan Malaysia ini pun kecil," katanya.

Penyanyi juga vokalis kumpulan Wings itu menyarankan agar pemuzik generasi baharu terutamanya yang muncul secara berkumpulan atau band untuk mendaftar nama kumpulan mereka dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Awie berkata, ia penting untuk memastikan tidak timbul sebarang isu berkaitan nama kumpulan sekiranya sesuatu berlaku pada masa akan datang.

I k l a n 💖:

Ad©Permadu   A D V E R T I S E M E N T

"Kalau rasa sesuatu kumpulan itu ada nama yang bagus, daftarkan dengan MyIPO. Buat keputusan terbaik sama ada untuk daftarkan secara berkumpulan atau seorang individu sahaja yang pegang hak.

"Daftar nama kumpulan supaya nanti di kemudian hari, tidak akan diungkit atau berlaku sebarang perbalahan," katanya kepada akhbar berkenaan.

Menurut Awie, sekiranya nama kumpulan itu didaftarkan mengikut prosedur yang sepatutnya, orang lain tidak akan boleh menggunakan nama itu sewenang-wenangnya.

"Katakanlah ada syarikat rakaman yang daftarkan, nama itu akan menjadi hakcipta syarikat. Kalau ada si polan yang memberikan nama kumpulan itu dan daftarkan, orang lain tak boleh 'claim'," katanya.

Terdahulu, Awie dan kumpulan Wings ditemui di sidang media Wings Rock & Dine 36th Anniversary Celebration yang akan berlangsung pada 26 Februari 2022 di Taming Sari Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.



End©Permadu



Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Politik Matang & Sejahtera Dato' Awie
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Politik Matang & Sejahtera Dato' Awie with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/politik-matang-sejahtera-dato-awie.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama