Mahathir semakin pulih sepenuhnya

Mahathir semakin pulih sepenuhnya - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Mahathir semakin pulih sepenuhnya, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Mahathir semakin pulih sepenuhnya
link : Mahathir semakin pulih sepenuhnya

Read also


Mahathir semakin pulih sepenuhnya


Bernama melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar atas) hampir pulih sepenuhnya selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu lepas.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook semalam, Dr Mahathir memaklumkan beliau kini sudah mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dan berharap untuk pulih sepenuhnya.

“Adakalanya saya taklah berharap untuk pulih tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih.

“Waktu ini saya boleh berjalan, makan, tidur, duduk. Saya hampir macam biasa, tapi tidak begitu kuat untuk buat kerja sebagainya. Tapi saya berharap saya boleh pulih,” katanya.

Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dirinya sehingga berjaya pulih daripada penyakit yang disifatkan beliau sebagai amat teruk.

Menerusi satu lagi hantaran di Facebook, Dr Mahathir turut berkongsi gambar beliau beriadah di sekitar Tasik Putrajaya pagi ini dengan ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif.


End©Permadu



Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia



Sampaikan
Salam



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Mahathir semakin pulih sepenuhnya
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Mahathir semakin pulih sepenuhnya with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/mahathir-semakin-pulih-sepenuhnya.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama