Pemuda DAP pula panggil pemimpin UMNO 'Keldai Tua'

Pemuda DAP pula panggil pemimpin UMNO 'Keldai Tua' - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Pemuda DAP pula panggil pemimpin UMNO 'Keldai Tua', We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Pemuda DAP pula panggil pemimpin UMNO 'Keldai Tua'
link : Pemuda DAP pula panggil pemimpin UMNO 'Keldai Tua'

Read also


Pemuda DAP pula panggil pemimpin UMNO 'Keldai Tua'


Sindiran ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Mohd Puad Zarkashi bahawa sayap pemuda PH gagal apabila gabungan itu sanggup memberikan kerusi kepada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), diibaratkan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Howard Lee seperti “keris makan tuan”.

Menggelar Puad sebagai “keldai tua”, kata Lee, jika mengikut logik tersebut, maka UMNO bersama banyak parti Melayu lain yang bagai “cendawan selepas hujan” - seperti Bersatu dan PAS - juga wajar dianggap gagal dalam menjaga kebajikan Melayu.

“Kalau PH sanggup bersama, bekerjasama, berkongsi kerusi dengan Muda pun dikira gagal, yang UMNO, Bersatu, PAS, parti-parti Melayu ni pun dikira gagal jugalah? Sampai berduyun-duyun ada parti Melayu, macam cendawan selepas hujan.

“Kalau ikut logik dia, wujudnya banyak parti Melayu ini juga menunjukkan yang UMNO gagal nak membela nasib Melayulah?

“Inilah namanya keris makan tuan,” kata ketua pemuda DAP itu dalam satu petikan video yang dimuat naik di Twitter.

Respon saya terhadap kenyataan @DrPuadZarkashi.

Kesian @PemudaUMNOMy. Nak kritik sayap lawan pun kena hijAck oleh abang2 ateih2. pic.twitter.com/f9ekULATtG

— Howard Lee (@howardlee_my) February 10, 2022

Puad hari ini menyindir PH sebagai cuba “menumpang imej Muda untuk dilihat muda”, dengan memberikan sembilan kerusi kepada Muda untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 12 Mac ini.

“Sebab itu mereka sanggup serah sembilan kerusi kepada Muda.

“Itu pengakuan iaitu sayap pemuda PH seperti AMK dan Pemuda DAP adalah gagal,” katanya di Facebook hari ini.

‘Kenapa keldai tua yang bersuara?’

Membalas sindiran itu, Lee mempersoalkan di mana pula pemuda UMNO sehinggakan Puad - orang lama dalam UMNO - yang harus bersuara mempersoalkan soal itu sendiri.

“Yang peliknya, kenapa keldai tua UMNO ini yang bersuara nak melawan kononnya pemuda PH gagal sekian-sekian? Mana ketua pemuda UMNO? Tak kira gagal ke, sampai kena (Puad) back up pemuda sendiri?

“Fahamlah kita, dalam UMNO ni, pemuda diberi ruang dan peluang atas ihsan dan sedekah abang-abang atas, tapi bagilah muka sikit, WhatsApp saja dekat ketua pemuda UMNO (Asyraf Wajdi Dusuki), suruhlah dia kritik,” kata Lee.

Menyifatkan UMNO iri hati dengan persaudaraan kukuh PH dan rakan strategiknya seperti Muda, tambahnya, sesetengah pemimpin UMNO masih terperangkap dalam cita-cita lapuk untuk berlawan sesama parti Melayu, bagi dilihat sebagai ketua bagi orang Melayu.

Sedangkan, katanya, di dalam UMNO sendiri, golongan belia harus menunggu bertahun-tahun lamanya untuk diangkat menjadi perwakilan atau calon wakil rakyat.

“Itu budaya depa, kita tak nak tahu. Kita di dalam PH, ada budaya sendiri, demi rakyat, demi negara, politik segar, politik matang, politik khidmat, politik bersama yang dipimpin suara rakyat dengan anak-anak muda di hadapan dan di arus perdana kepemimpinan.

“Ketua pemuda Umnyo taraf naib presiden. Kalau betul nak tegur kami - pemuda di sebelah sini - panggillah orang yang sama tara. Panggillah ketua pemuda,” katanya lagi.

PH memberikan laluan kepada Muda di sembilan kerusi.

DAP dan Amanah memberi laluan enam kerusi, iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai, manakala PKR menawarkan tiga kerusi - yang setakat ini belum dinamakan.

Pun begitu, terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin PKR Johor ekoran Muda mendapat kerusi Puteri Wangsa - daripada Amanah - yang dilihat sebagai kerusi yang berpotensi tinggi untuk dimenangi.


End©Permadu



Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Pemuda DAP pula panggil pemimpin UMNO 'Keldai Tua'
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Pemuda DAP pula panggil pemimpin UMNO 'Keldai Tua' with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/pemuda-dap-pula-panggil-pemimpin-umno.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama