Title : Kalau pecat Zuraida, Bersatu semakin lemah
link : Kalau pecat Zuraida, Bersatu semakin lemah
Kalau pecat Zuraida, Bersatu semakin lemah
Kepimpinan Bersatu dikatakan berbelah bahagi sama ada ingin mengenakan tindakan terhadap Datuk Seri Zuraida Kamaruddin selepas didakwa terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM), lapor FMT.
Sumber dalaman parti itu berkata, beberapa pimpinan merasakan ketika ini bukan masanya mewujudkan lebih ramai musuh kerana Bersatu perlu menumpukan perhatian mengalahkan UMNO dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti, termasuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Sekiranya beliau tidak menimbulkan masalah dan masih bersama dengan kita, jadi kita masih mendapat manfaat.
“Justeru, kita perlukan kerjasama dan lebih penting, rakan politik. Ia akan memperkukuh akar umbi,” katanya.
Beliau berkata, Bersatu bukan pada kedudukan terbaik bersama UMNO dan “kami tidak mampu mewujudkan lebih ramai musuh”.
“Ada beberapa pimpinan yang mahu menyingkirkan Zuraida daripada jawatan menteri sebagai amaran kepada ahli parti supaya mengikut peraturan.
“Bagaimana tindakan itu akan menyelesaikan masalah? Adakah tindakan itu akan melemahkan kita?”
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengadakan perbincangan berhubung isu pemecatan ahlinya Zuraida Kamaruddin dan individu lain dalam parti itu yang didakwa terlibat dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).
PBM merupakan parti politik baru dan ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin PKR yang sehaluan dengan anggota Parlimen Ampang itu.
Perbincangan itu disahkan Anggota MPT Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman yang memberitahu portal berita itu, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuaratnya pada 25 Januari lalu.
End©Permadu
Disediakan oleh Nazura Othman Penulis Berita Permadu Malaysia |
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Kalau pecat Zuraida, Bersatu semakin lemah
You are now reading the article Kalau pecat Zuraida, Bersatu semakin lemah with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/kalau-pecat-zuraida-bersatu-semakin.html
Catat Ulasan