Tergoda dengan UMNO akan disambar jerung, kata Hadi

Tergoda dengan UMNO akan disambar jerung, kata Hadi - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Tergoda dengan UMNO akan disambar jerung, kata Hadi, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Tergoda dengan UMNO akan disambar jerung, kata Hadi
link : Tergoda dengan UMNO akan disambar jerung, kata Hadi

Read also


Tergoda dengan UMNO akan disambar jerung, kata Hadi

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi amaran terhadap anggota parti itu "yang digoda" dan melanggar sumpah taat setia (baiah) mereka terhadap PAS.

Tegas Abdul Hadi, PAS tidak akan bersama UMNO melalui pendekatan BN "yang telah bocor bahteranya kerana PAS tidak mahu tenggelam bersama" gabungan itu.

"Walaupun terdapat segelintir ahli PAS yang digoda supaya mengubah ‘road map’ dan hala tuju PAS, namun yang tergoda itu akan kembali ke pangkal jalannya, atau terpelanting jatuh disambar jerung, atau tenggelam dalam gelombangnya sepertimana mereka yang pernah melakukannya dahulu.

"Namun, para pemimpin yang setia kepada perjuangan PAS dan ahli-ahli yang memberikan wala’ dan taat secara tidak membabi buta, terus melayari bahteranya hingga sampai ke destinasi dengan izin Allah SWT," katanya pada hantaran di media sosial hari ini, seperti dilapor Malaysiakini.

"PAS yakin bahawa mereka yang mengkhianati baiah mereka kepada PAS pasti akan menerima akibatnya," tegasnya lagi.

Dalam memberi peringatannya, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang memetik firman Allah SWT pada ayat 10, Surah al-Fath.

'Nak kembalikan UMNO ke pangkal jalan'

Tidak jelas siapa yang dimaksudkan Abdul Hadi sebagai ahli yang melanggar baiah itu.

Namun begitu, terdapat pemimpin PAS yang masih mahu mengekalkan kerjasama dengan UMNO melalui gagasan Muafakat Nasional manakala presiden PAS itu mahu parti pimpinannya kekal bersama Bersatu di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Abdul Hadi hari ini berkata sudah "terang lagi bersuluh PAS mahu mengembalikan UMNO ke pangkal jalan" perpaduan umat Melayu dan Islam mengikut acuan Islam.

"Pada masa yang sama, tidak meninggalkan mana-mana golongan yang tercicir dan bersama masyarakat majmuk dalam gagasan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Puak tertentu dalam UMNO lakukan pengkhianatan, kata pemimpin PAS

"Akan tetapi, UMNO masih lagi membawa pendekatan ‘asabiyyah Melayu yang hanya melibatkan UMNO dan PAS sahaja serta meminggirkan sahabatnya sendiri daripada kalangan Bersatu," katanya lagi.




End©Permadu



Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Tergoda dengan UMNO akan disambar jerung, kata Hadi
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Tergoda dengan UMNO akan disambar jerung, kata Hadi with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/tergoda-dengan-umno-akan-disambar.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama