Title : Ada tanda-tanda PAS akan buat U-turn di saat akhir
link : Ada tanda-tanda PAS akan buat U-turn di saat akhir
Ada tanda-tanda PAS akan buat U-turn di saat akhir
PN, Muhyiddin, Azmin, pelompat dari PKR masuk Bersatu sedang terdesak, kata pemimpin UMNO
Seperti diketahui umum, kerajaan pintu belakang, yang juga dikenali sebagai kerajaan tebuk atap, sedar mereka hanya boleh bertahan paling lama sehingga hari terakhir tempoh mandat PRU14 sahaja.
Kalau diadakan pilihan raya umum ke-15 (yang mesti diadakan pada atau sebelum Ogos, 2023), maka kumpulan Azmin & Co pasti bungkus.
Inilah akibat menjadikan SD sebagai perkakas tebuk atap. Satu bentuk percaturan politik yang memanipulasi demokrasi.
Lantaran itu, PAS yang dikenali dengan strategi luar biasa, dijangka akan membuat pusingan-U dan bergabung dengan UMNO pula tidak lama lagi.
I k l a n 💖:
Ad©Permadu A D V E R T I S E M E N T
Presiden PAS yang dianggap oleh sesetengah pengikut sebagai wali keramat mungkin boleh menggunakan alasan perpaduan ummah.
Sementara itu, MalaysiaNow semalam melaporkan presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua pihak supaya tidak mencurigai kesetiaan PAS. Mengapa kenyataan seperti ini tiba-tiba dikeluarkan?
Kalau ikut teori seorang netizen, akan tiba giliran Bersatu dan PN kena kencing dengan PAS pula.
Tunggu dan lihat.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Ada tanda-tanda PAS akan buat U-turn di saat akhir
You are now reading the article Ada tanda-tanda PAS akan buat U-turn di saat akhir with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/ada-tanda-tanda-pas-akan-buat-u-turn-di.html
Catat Ulasan