Takiyuddin ego, kata Nik Abduh

Takiyuddin ego, kata Nik Abduh - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Takiyuddin ego, kata Nik Abduh, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Takiyuddin ego, kata Nik Abduh
link : Takiyuddin ego, kata Nik Abduh

Read also


Takiyuddin ego, kata Nik Abduh

Malaysiakini melaporkan seorang pemimpin kanan PAS semalam mempersoalkan "adab berjemaah" dan "adab berkawan" Datuk Takiyuddin Hassan ketika Setiausaha Agung PAS itu menguruskan pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Takiyuddin Hassan

Menurut Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, dia menuliskan pandangannya di media sosial beberapa hari selepas Takiyuddin mencabar Khairuddin secara terbuka dalam sidang medianya di Kota Bharu.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Katanya dia hanya mahukan penjelasan pimpinan parti mengenai pengguguran Khairuddin daripada jawatan sebagai anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat kerana penerangan diberi Takiyuddin tidak memuaskan.

Kata bekas ketua Pemuda PAS itu lagi, Khairuddin sebenarnya sedang sedih kerana dilanda musibah.

Dalam keadaan begitu katanya Takiyuddin seolah-olah meletakkan garam pada luka dialami bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi tersebut.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

"Mana adab berjemaah dan adab berkawan? Jangan ajar saya bab adab kalau kita lebih tak beradab,” FMT memetik Nik Abduh sebagai berkata. 

Khairuddin merupakan salah seorang pemimpin PAS yang selalu terkedepan dalam pelbagai isu serta keranggiannya menyampaikan pandangan.

Bekas setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat itu bagaimanapun kalah mengejut dalam pemilihan parti yang diadakan di Kuala Terengganu pada awal November tahun lalu.

Turut gagal mendapat undi mencukupi bagi mengisi jawatan AJK PAS Pusat ialah Nik Abduh sendiri. PAS kemudian melantik kedua-dua mereka - selain Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air, Dr Mohd Zuhdi Marsuki - menyertai badan utama parti terbabit.

Bagaimanapun, pada 12 Januari lalu mesyuarat yang diadakan PAS membuat keputusan memecat Khairuddin daripada jawatan lantikan tersebut.

Pada hari semalam juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa pemecatan tersebut dibuat atas alasan disiplin dan parti terbabit tidak bercadang untuk menjelaskan hal tersebut lebih lanjut kepada orang ramai.

Abdul Hadi juga mendakwa 99.9 peratus ahli PAS bersetuju dengan pemecatan berkenaan. 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir
 KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG


Permadu


That's the article: Takiyuddin ego, kata Nik Abduh
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Takiyuddin ego, kata Nik Abduh with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/01/takiyuddin-ego-kata-nik-abduh.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama