Title : Besar sangat ke Azam Baki?
link : Besar sangat ke Azam Baki?
Besar sangat ke Azam Baki?
Rasuah berleluasa tanpa tindakan serius dan adil oleh kerajaan boleh mendorong Malaysia menjadi negara pengganas (terorisme) yang berisiko menyaksikan seorang demi seorang perasuah dibunuh dengan kejam. Kita tidak mahu ini benar-benar terjadi.
Apabila tiada tindakan tegas dan jelas terhadap perasuah, rakyat kecewa dan boleh bertindak di luar dugaan.
FMT melaporkan Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki menukar lokasi himpunan #TangkapAzamBaki di bawah jambatan LRT Bangsar, Jalan Bangsar susulan penutupan enam lalu di ibu kota esok.
Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa tersebut menegaskan pihaknya mahu meneruskan himpunan itu sebagai tanda prihatin rakyat Malaysia mempertahankan integriti dan menyebar kebencian terhadap rasuah dan perasuah.
Jaminan himpunan aman
Katanya, himpunan #TangkapAzamBaki disokong 33 NGO dan 11 buah organisasi politik akan dijalankan secara aman dengan menepati SOP bagi meminimumkan penyebaran wabak Covid-19 serta keselamatan rakyat Malaysia keseluruhannya.
“Jawatankuasa menyelar pihak berkuasa terutama polis yang menutup enam jalan bagi menghalang kempen #TangkapAzamBaki yang diadakan di tiga lokasi iaitu Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek, esok,” katanya.
Hanya kerana seorang individu
Pada masa sama, jawatankuasa itu ‘memuji’ (sebenarnya sindiran) polis kerana sanggup mengerahkan 1,010 pegawai dan anggota bagi tujuan Operasi Menyelamat Azam Baki yang menyebabkan sebahagian besar bandar raya Kuala Lumpur ‘lockdown’.
“Hanya kerana seorang individu, Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya arahkan penutupan enam jalan menghala ke Kuala Lumpur serta 24 stesen tren LRT, Monorel, KTM bermula jam 7 pagi esok.
Ada watak berprofil tinggi?
“Tindakan keterlaluan ini menimbulkan gambaran seolah-olah ada rahsia yang melibatkan watak berprofil tinggi mahu ditutup, terutamanya berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa.
“Kita tidak pernah lupa, bekas Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah ditangkap polis disebabkan beliau terpalit dengan rasuah,” katanya.
Katanya, Azam Baki hanya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tapi seolah-olah lebih kebal dan berkuasa berbanding orang yang pernah memegang jawatan tertinggi negara ini.
Rasuah berleluasa tanpa tindakan serius dan adil oleh kerajaan boleh mendorong Malaysia menjadi negara pengganas (terorisme) yang berisiko menyaksikan seorang demi seorang perasuah dibunuh dengan kejam. Kita tidak mahu ini benar-benar terjadi.
Apabila tiada tindakan tegas dan jelas terhadap perasuah, rakyat kecewa dan boleh bertindak di luar dugaan.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
Suntingan terakhir dan diibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Besar sangat ke Azam Baki?
You are now reading the article Besar sangat ke Azam Baki? with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/01/besar-sangat-ke-azam-baki.html
Catat Ulasan