Zahid Hamidi hantar surat saman kepada Dr Mahathir, Muhyiddin

Zahid Hamidi hantar surat saman kepada Dr Mahathir, Muhyiddin - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Zahid Hamidi hantar surat saman kepada Dr Mahathir, Muhyiddin, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Zahid Hamidi hantar surat saman kepada Dr Mahathir, Muhyiddin
link : Zahid Hamidi hantar surat saman kepada Dr Mahathir, Muhyiddin

Read also


Zahid Hamidi hantar surat saman kepada Dr Mahathir, Muhyiddin

Presiden Umno, Zahid Hamidi berkata peguamnya telah menghantar surat saman kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu berhubung dakwaan beliau ada meminta bantuan bekas Perdana Menteri itu bagi menghentikan siasatan kes rasuah terhadap dirinya.

Dr Mahathir Mohamad

Beliau berkata susulan itu semua pihak boleh menyemak dengan Mahathir dan Muhyiddin sama ada beliau berbohong atau sebaliknya.

Muhyiddin Yassin

“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk menghantar ‘lettter of demand’ (surat tuntutan) kepada Muhyiddin dan Mahathir.

"Kedua-dua surat saman itu telah dihantar minggu lepas dan kalau individu itu mengatakan bahawa saya tidak menghantar, maka peguam saya iaitu peguam Hamidi Datuk Mohd Noor telah menghantar surat itu melalui firma guamannya Shahrul Hamidi Haziq.

“Saya minta orang itu tanya sendiri kepada kedua-dua individu itu sama ada saya membohong atau orang yang menerima Letter of Demand itu membohong,” katanya di dalam hantaran video di Facebooknya.

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau ditanya pemberita selepas menghadiri program Presiden Umno bersama Calon Parit Raja di Johor.

Zahid mengulas mengenai dakwaan yang tular di media sosial apabila seorang individu mendakwa beliau berbohong dan sanggup menjadi saksi bagi pihak Mahathir sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, Zahid menafikan pernah mengeluarkan hantaran di media sosial bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat di Masjid Pagoh.

Justeru, beliau meminta supaya tidak ada pihak menggunakan pentas pilihan raya negeri (PRN) Johor itu untuk memburukkan mana-mana individu.

I k l a n 💖:


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
 Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Zahid Hamidi hantar surat saman kepada Dr Mahathir, Muhyiddin
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Zahid Hamidi hantar surat saman kepada Dr Mahathir, Muhyiddin with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/zahid-hamidi-hantar-surat-saman-kepada.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama