Title : Pengundi di Johor semacam tiada pilihan
link : Pengundi di Johor semacam tiada pilihan
Pengundi di Johor semacam tiada pilihan
Yang dituduh penyamun, mungkin memang betul penyamun.
Tapi yang memanggil orang lain penyamun belum tentu si pemanggil itu bukan penyamun.
Mungkin benar mungkin tidak mereka kumpulan penyamun
Ada ramai lagi penyamun?
Belum apa-apa, ramai cendekiawan politik yang meramalkan UMNO akan menang besar dalam pilihanraya negeri (PRN) Johor 12 Mac nanti.
Seolah-olah UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu kuat hingga tidak mampu dikalahkan.
Atau Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) serta parti-parti politik lain merasakan mereka sendiri dalam keadaan terlalu lemah.
I k l a n 💖:
Ad©Permadu A D V E R T I S E M E N T
Adakah kerana mereka juga penyamun?
Kalau mereka bukan penyamun, mengapa mereka tidak dapat mengalahkan penyamun?
Seperkara yang jelas, majoriti rakyat memang tidak sukakan BN atas faktor pengkronian, rasuah, salah guna kuasa, beberapa dasar yang gagal seperti kuota bisnes Bumiputera, monopoli, oligopoli, budaya mark up nilai projek dan banyak lagi. Akhirnya, yang jadi jutawan segera adalah golongan elit menghabiskan duit rakyat.
Habis, mengapa rakyat nak pilih BN lagi di Johor?
Dua kali lima
Salah satu sebabnya ialah gabungan dan parti politik bukan BN/UMNO juga dilihat rakyat sebagai dua kali lima.
PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah selama 22 bulan, PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerintah selama 17 bulan, dan kini Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tak tahu berapa bulan. Mereka gagal membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan yang lebih baik dari BN.
Kerajaan Gagal sentiasa bermain di bibir rakyat.
Satu lagi, kalau mereka bagus sangat, tidaklah mereka berpecah seperti sekarang. Bagaimana rakyat nak beri kepercayaan kepada mereka yang berpecah-belah?
Solidariti UMNO luar biasa
Sekurang-kurangnya, walaupun UMNO nampak berpecah sebelum ini antara grup presiden/Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan grup UMNO dalam PN, bila tiba PRN Johor, mereka semuanya nampak bersolidariti. Sebagai contoh, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein nampak macam dah tukar pendirian.
Ismail Sabri pula kelihatan dalam keadaan serba-salah.
U-turn salah, tak U-turn salah
PAS pula U-turn salah, tak U-turn salah. Silap-silap PAS boleh berpecah.
Saya bersetuju dengan pandangan sebuah blog yang paling berpengaruh di Malaysia, iaitu OutSyed The Box. Kata penulisnya, Syed Akbar Ali, sesiapa sahaja yang menang dalam PRN Johor, nasib rakyat tetap tidak akan berubah.
Sesungguhnya, pengundi Johor sedang terperangkap dan tiada pilihan.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Pengundi di Johor semacam tiada pilihan
You are now reading the article Pengundi di Johor semacam tiada pilihan with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/pengundi-di-johor-semacam-tiada-pilihan.html
Catat Ulasan