Title : Khairy akan keluar kenyataan mengenai Omicron petang ini
link : Khairy akan keluar kenyataan mengenai Omicron petang ini
Khairy akan keluar kenyataan mengenai Omicron petang ini
Media tempatan melaporkan beberapa pengumuman penting dijangka diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar petang ini.
Menerusi ciapan di Twitter, perkara itu akan diumumkan menerusi sidang akhbar jam 5 petang.
"Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini," ciapnya hari ini, Isnin 7 Februari, 2022.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar jam 12 tengah malam tadi.
Jangkitan Covid-19 di negara ini kembali meningkat secara mendadak berikutan gelombang varian Omicron.
Terbaharu, 10,089 kes baharu dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,914,220.
Jangkitan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh empat bulan.
End©Permadu
Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh Penulis Berita Permadu Malaysia |
Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Khairy akan keluar kenyataan mengenai Omicron petang ini
You are now reading the article Khairy akan keluar kenyataan mengenai Omicron petang ini with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/khairy-akan-keluar-kenyataan-mengenai.html
Catat Ulasan