Title : Cicit Onn Jaafar anggap Syed Saddiq hipokrit
link : Cicit Onn Jaafar anggap Syed Saddiq hipokrit
Cicit Onn Jaafar anggap Syed Saddiq hipokrit
Adakah keluhan rakyat perlu didiamkan?
Malaysiakini melaporkan ADUN Layang-Layang Onn Hafiz Ghazi menulis di Facebook menyifatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai bersikap "hipokrit" apabila memohon maaf berhubung kenyataan mengkritik wakil rakyat PKR.
"Tahniah. Ini contoh terbaik hipokrasi politik. Bila tersalah tembak kawan sendiri terus minta maaf.
"Sebelum ini, berdegar-degar sembang pasal integriti, prinsip, ketelusan, berani kerana benar, jalan tegak, bangkit dan sebagainya.
"Semuanya sandiwara Oscar yang dimainkan untuk mengaburi mata rakyat," kata Onn hari ini.
I k l a n 💖:
Ad©Permadu A D V E R T I S E M E N T
Semalam Syed Saddiq menyatakan permohonan maaf berhubung kenyataannya yang mengkritik ADUN Tiram Gopalakrishnan Subramaniam.
“Muda sendiri tidak sempurna. Termasuk saya.
"Saya akui posting lawatan saya ke Ulu Tiram telah merendahkan tugas yang dibuat rakan ADUN dari PKR.
"Atas semangat kebersamaan bersama rakan PKR, saya memohon maaf atas kekhilafan dibuat," kata bekas menteri itu.
Syed Saddiq merujuk kenyataannya sebelum itu yang menyorot aduan yang didakwa diterimanya daripada penduduk Ulu Tiram yang tidak berpuas hati dengan wakil rakyat mereka.
Onn yang merupakan cicit kepada pengasas UMNO, Datuk Sir Onn Jaafar dan anak saudara kepada veteran UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata tindakan Syed Saddiq itu sebagai "pilih bulu".
"Macam mana nak bangkit dengan hipokrasi, penipuan, pilih bulu dan fitnah?
"Rakyat Johor dah lama buka mata. Cukup-cukuplah nak cuba perdayakan anak anak muda," katanya.
End©Permadu
Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh Penulis Berita Permadu Malaysia |
Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Cicit Onn Jaafar anggap Syed Saddiq hipokrit
You are now reading the article Cicit Onn Jaafar anggap Syed Saddiq hipokrit with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/cicit-onn-jaafar-anggap-syed-saddiq.html
Catat Ulasan