Title : PERGINYA SEORANG PERWIRA
link : PERGINYA SEORANG PERWIRA
PERGINYA SEORANG PERWIRA
A l - F a t i h a h
| AHMAD CASBY BIN ABDUL KADIR 25 Jun 1942 - 24 Januari 2022 |
Jasa Mu Dikenang
Cucu Arwah Aki Mat Said Temerloh, yang juga cucu Arwah Tok Tan Pekan, Tuan Haji Ahmad Casby bin Haji Abdul Kadir, telah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang dan aman, pada jam 2.15 pagi waktu Malaysia, Isnin 24 Januari, 2022, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.
Bekas gurubesar sebuah sekolah kerajaan yang sudah bersara, Allahyarham yang juga dikenali sebagai Cikgu Kasbi dan Abang Bi meninggal dunia pada usia menghampiri 80 tahun.
| Hamdan Hassan (kanan) bersama seorang lagi sepupu, Zulkifli Nordin turut hadir menunaikan solat jenazah. |
Saudara Hamdan Hassan, sepupu rapat kepada Allahyarham Ahmad Casby, menulis menerusi satu hantaran di WhatsApp semalam:
"Assalamualaikum waris. FMS (Famili Mat Said) dan cucu-cucu Arwah Aki Mat Said. Arwah Dollah adalah anak sulong arwah Ayah Ngah Majid, arwah Kasby adalah anak sulong arwah Ayah Long Kadir. Arwah Dollah, cucu yang pertama Aki Said, diikuti arwah Bi (Ahmad Casby), cucu kedua Aki Said. Semalam 24/01/22, perginya Arwah Abang Bi suami kepada Kak Chik buat selamanya dalam usia 78 tahun. (Cikgu Chik betulkan jika silap).
"Saya berkesempatan menziarah dan sembahyang jenazah di Masjid Ar Raudah, Taman Guru, Kuantan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung SC yang berdekatan. Sekali lagi takziah buat Cikgu Chik sekeluarga semoga tabahkan hati dalam menghadapi pemergian Allahyarham. Al-Fatihah," kata Saudara Hamdan.
| Anak lelaki Allahyarham, Kamal Arifin (berjubah putih) dan menantu (berkopiah putih), memerhati dan membantu jenazah menaiki kenderaan sebelum berangkat ke tanah perkuburan Kampung SC. |
Di sepanjang hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang berwibawa, berkredibiliti dan berintegriti tinggi.
| Adik perempuan, Hajjah Norhana, suami, Haji Abdullah melihat wajah Allahyarham buat kali terakhir. |
Sebagai anak sulung, Allahyarham disanjung tinggi, dihormati, dikasihi dan disayangi adik beradik, di samping disenangi saudara mara dan sahabat handai.
Anak lelaki Allahyarham yang ditemui Ketua Pengarang Permadu Malaysia, kelihatan tenang walaupun menzahirkan rasa dukacita. Bagaimanapun, Kamal Arifin berkata, beliau redha di atas pemergian bapanya, selain sentiasa berdoa agar roh bapanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Seorang lagi sepupu Allahyarham, Nuri Hassan, mengabadikan kenangan ketika beliau dan keluarga menziarahi Allahyarham dan isteri di kediamannya 46 hari sebelum Allahyarham meninggal dunia.
Allahyarham Ahmad Casby meninggalkan seorang balu, Puan Hajjah Chik Wok Awang, seorang anak lelaki, Kamal Arifin, dan dua anak perempuan, Rozida dan Zarida, serta tiga orang cucu.
Balu Allahyarham yang tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan perasaan dukacita, kelihatan tenang dan redha di atas kehilangan suami tercinta. Melalui satu hantaran WhatsApp, beliau berekspresi:
"Syukur Alhamdulillah dengan pertolongan pihak hospital, pihak keluarga, pihak kariah Taman Guru dan yang *MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG* Allahyarham suami Hj. Ahmad Casby. selamat dikebumikan di perkuburan Kg SC bersebelahan Taman Guru semalam 24/1/22 hari Isnin bersamaan dengan 21 Jamadil Akhir 1443. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya, diampunkan dosa-dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama orang beriman.
"Jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan mohon kemafaan.
"Jika beliau berhutang mohon tuntut daripada keluarganya.
"Segala makan dan minum mohon dihalalkan.
"Akhir sekali keampunan *dariNYA* yang dipinta," Puan Hajjah Chik mengakhiri ucapannya.
End©Permadu
| Disediakan oleh Nazura Othman Penulis Berita Permadu Malaysia |
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: PERGINYA SEORANG PERWIRA
You are now reading the article PERGINYA SEORANG PERWIRA with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/01/perginya-seorang-perwira.html
Catat Ulasan