Title : Dr M sudah menampakkan tanda semakin sembuh
link : Dr M sudah menampakkan tanda semakin sembuh
Dr M sudah menampakkan tanda semakin sembuh
Malaysiakini melaporkan Datin Paduka Marina Mahathir, anak perempuan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata bapanya kini telah berinteraksi dengan ahli keluarga.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut melawatnya semalam, dengan pengamal media berkumpul di luar IJN bagi mendapatkan status kesihatannya.
Semalam, Marina berkata bapanya dalam keadaan stabil dan memberikan respon yang baik terhadap rawatan di unit rawatan koronari (CCU).
Dalam kenyataan hari ini, Marina berkata Mahathir masih menjalani rawatan di IJN.
"Kami sekeluarga telah berinteraksi dengannya," katanya.
Marina bagi pihak keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menganjurkan majlis doa selamat serta mendoakan kesihatan bapanya.
"Kami juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih.
"Pihak IJN dan keluarga Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa," kata Marina lagi.
Mahathir, 96, pada bulan lalu dimasukkan selama seminggu di IJN bagi pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian susulan.
Ahli parlimen Langkawi itu sekali lagi dimasukkan ke institut itu untuk prosedur elektif pada 7 Januari dan keluar pada 13 Januari baru-baru ini.
End©Permadu
Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh Penulis Berita Permadu Malaysia |
Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
That's the article: Dr M sudah menampakkan tanda semakin sembuh
You are now reading the article Dr M sudah menampakkan tanda semakin sembuh with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/01/dr-m-sudah-menampakkan-tanda-semakin.html
Catat Ulasan