Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 3)

Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 3) - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 3), We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 3)
link : Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 3)

Read also


Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 3)

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau BERSATU) Tebrau, Mazlan Bujang dipetik Berita Harian sebagai berkata:

Mazlan Bujang

"Saya tidak mungkin bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nanti."

Bagaimanapun, Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, menegaskan beliau masih ahli parti berkenaan, setakat ini.

Beliau yang juga bekas Pengerusi BERSATU Johor berkata, akan memutuskan masa depan politiknya bersama parti itu dalam masa terdekat.

"Tunggulah sehari dua lagi saya akan buat keputusan muktamad, namun yang pasti saya tidak akan bertanding PRN Johor atas tiket BERSATU.

Dulu DAP, PKR dan Amanah sokong Bersatu. Sekarang siapa sokong Bersatu?

"Ini kerana saya tidak sehaluan lagi dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak nampak ada masa depan, jika terus bersama parti itu.

"BERSATU bukan milik Muhyiddin kerana pemimpin boleh bersilih ganti, namun saya tidak mungkin akan terus bersama parti itu yang dipimpin beliau, kerana prinsip kami tidak sama," katanya kepada akhbar berkenaan, semalam.

Pada 20 Januari lalu, Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, dilaporkan sedia menimbangkan untuk bersara daripada dunia politik, sekiranya PRN Johor diadakan.

Mazlan sebelum ini dilaporkan menafikan akan mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas bagi memberi laluan PRN diadakan.

Ditanya sama ada beliau sudah tidak lagi mahu bersama BERSATU, Mazlan mengakui perkara itu.

"Ya, saya tidak mahu bersama BERSATU yang dipimpin bekas Perdana Menteri itu," katanya.

Mengulas sama ada beliau mendapat tawaran parti lain, Mazlan bagaimanapun menolak dakwaan itu.

"Setakat ini, tiada parti yang menawarkan apa-apa kepada saya, cuma akan datang saya tidak pasti. "Tunggulah sehari dua nanti saya putuskan haluan politik saya," katanya.


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep & Teknik Persembahan
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan diibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG


Permadu


That's the article: Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 3)
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Bersatu hampir pasti bungkus di Johor (Bahagian 3) with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/01/bersatu-hampir-pasti-bungkus-di-johor.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama