Kisah Cinta Klasik karya novelis journalis terpinggir

Kisah Cinta Klasik karya novelis journalis terpinggir - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Kisah Cinta Klasik karya novelis journalis terpinggir, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Kisah Cinta Klasik karya novelis journalis terpinggir
link : Kisah Cinta Klasik karya novelis journalis terpinggir

Read also


Kisah Cinta Klasik karya novelis journalis terpinggir

Permadu
mempersembahkan

Cerpen Pilihan

"MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI" 

...sentuhan pena seorang novelis journalis yang bereksperimental dengan gaya penyampaian distinktif, meluahkan segala yang terpendam di jiwa selama ini

"Izinkan saya menghabiskan sisa-sisa hidup saya yang singkat ini bersama dengan awak, walaupun sekejap. Kalau umur saya tak panjang, kita jumpa di sana eh..."

Sebuah karya Jamaliah Mohd Salleh

Selama ini saya diam. Saya pendam. Saya selalu mengalah. Tapi tidak hari ini. Hari ini saya nak cakap habis dengan awak. 

Saya atas kapasiti diri saya sendiri dan awak atas kapasiti diri awak sendiri. Bukan kapasiti lain.

Kita berkawan bukan baru. Bukan sebulan. Bukan setahun. Tapi dah lebih tiga puluh tahun. Dari muda remaja sampailah ke penghujung usia kita. Cuma hubungan kita tenggelam timbul.

Kita pertama kali dipertemukan di persatuan himpunan penulis. Awak minat menulis. Saya pun. Saya kan student Mass Comm, majoring in Journalism lagi.

Saya merasa sungguh bangga bila awak dipilih sebagai penolong ketua pengarang majalah rasmi kolej. Saya ingat lagi, ada yang complained mengapa awak dipilih.

Pelajar senior tanya senior lecturer macam mana awak dipilih sedangkan awak bukan student Mass Comm. Selama ini dua jawatan tertinggi mesti dipegang oleh pelajar fakulti sebaran am.

Pensyarah kanan mempertahankan perlantikan awak. Dia kata awak dapat sokongan dari dekan penaung sebab pada masa itu artikel awak banyak disiarkan di akhbar dan majalah tempatan. Katanya, pelajar Mass Comm sendiri tiada yang artikel atau karya mereka tersiar.

Kawan-kawan saya usik saya bila saya menulis, saya selalu terikut-ikut gaya tulisan awak. Saya jawab dengan joke: "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bakal isteri..."

Itulah kenangan manis percintaan kita di zaman remaja. Kenangan pahit pun ada juga.

Antara yang paling pahit bila awak tuduh saya curang kepada awak. Tuduhan tidak berasas itu amat menghiris hati saya. Saya menangis sepanjang malam. Awak ingat lagi tak. 

Sebuah karya Jamaliah Mohd Salleh

Saya beritahu awak, dengan nama Allah, saya tak pernah curang dengan awak. Kalau saya curang, saya sedia dilaknati Allah di sepanjang hayat saya.

Awak tak terima penjelasan saya. Awak seolah-olah sengaja nak mencari kesalahan saya. Apa dosa saya pada awak? (Menangis).

Tuhan itu maha berkuasa. Akhirnya ditunjukkan rupa-rupanya awak yang curang. Saya bukan nak tuduh tapi saya ada bukti. She confessed. Hati saya hancur berkecai.

Akhirnya awak mengaku dan memohon maaf bila saya kata saya akan tinggalkan awak. Awak merayu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 

Saya marah, mengamuk dan naik hantu. Awak membiarkan sahaja saya menampar muka awak banyak kali, saya tumbuk, saya pukul awak sepuas hati saya. Sehingga awak memeluk saya seeratnya untuk menenangkan saya. Awak belai rambut saya, awak cium dahi saya, hidung saya, pipi saya, telinga dan mata saya yang basah. Saya menjadi lemas dan lemah tidak berdaya. Saya terlena dalam dakapan awak.

Saya maafkan awak kerana saya tiada pilihan. Hati saya sudah menjadi milik awak.

Selepas awak grad, awak dapat kerja di pusat peranginan dan perjudian terbesar di Malaysia. Bermula dari situlah saya dapat rasai hubungan kita semakin renggang hari demi hari.

Namun, saya tidak berputus asa. Saya berusaha memperbaiki kerenggangan hubungan kita. Akhirnya saya gagal menyelamatkan hubungan cinta yang harum subur di hati.


Saya diberitahu awak sudahpun mempunyai teman wanita baru di sana, yang sentiasa mengawal pergerakan awak. Sudah hampir pasti saya sudah kehilangan awak! Aku kehilangan mu.


Awak tahu tak derita, sengsara yang saya tanggung hidup tanpa awak di kampus. Batin dan jiwa saya amat tersiksa, meronta dan memberontak, serba tidak menentu. Sampai saya pernah terfikir hendak membunuh diri. Bodoh saya kan?

Berkat keinsafan dan menyerah diri kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, perlahan-lahan saya berjaya mengubati luka yang parah ini serta bertaubat nasuha di atas keterlanjuran.

Saya tak mahu sebut di sini. Awak tahu saya tahu. Walaupun saya rela, awak mesti bertanggungjawab.

Saya tidak pernah mendendami awak. Saya tetap mendoakan yang baik-baik untuk awak. Sebab hati saya hanya untuk awak, saya dah serahkan kepada awak, biarpun tanpa memiliki awak.

Selepas empat tahun, saya pun grad dan dapat pekerjaan sebagai wartawan pelatih di syarikat akhbar terkemuka. Dan saya dah jadi qualified journalist. Cita-cita saya selama ini sudah tercapai.

Walaupun gaji tak seberapa, ia tetap lebih dari cukup untuk saya berikan sebahagiannya kepada Mak di kampung setiap bulan.

Suatu hari, semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja di dalam bas, tiba-tiba lagu ciptaan awak berkumandang di radio. Saya benar-benar tidak dapat menahan perasaan sedih yang teramat sangat. Saya menangis teresak-esak dengan airmata jatuh berderai. Saya tak mahu dengar lagi lagu itu... Orang yang duduk di sebelah saya terkejut dan memandang saya. Mesti dia ingat saya orang gila.

Sebuah karya Jamaliah Mohd Salleh

Saya tahu itu lagu ciptaan awak sebab saya yang teman awak hantar pita rakaman demo lagu itu ke syarikat rakaman muzik semasa kita masih bersama.

Suatu pagi di tempat kerja, saya terima panggilan dari Mak. Mak kata Ayah suruh saya ambil cuti beberapa hari pulang ke kampung minggu depan. Ada orang nak masuk meminang saya.

Saya beritahu Mak, saya akan ambil cuti dan akan turuti apa sahaja keputusan Mak dan Ayah. Apa lagi yang lebih penting daripada menggembirakan ibu dan bapa kita.

Sebenarnya, hati saya sudah hancur. Saya ingin melupakan awak terus dari ingatan saya. Sebab awak lelaki yang tidak bertanggungjawab. Awak telah mempermainkan perasaan saya dengan begitu kejam sekali. Tidakkah ada sedikit pun perasaan sayang awak kepada saya..? (Menangis).

Saya dah buat keputusan, siapa sahaja yang Mak dan Ayah saya pilih, orang itulah yang akan menjadi suami saya. Noktah.

Diringkaskan cerita, kami diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri yang sah.

Untuk pengetahuan awak, suami saya sepuluh kali ganda lebih baik daripada awak. Highly qualified, financially strong, religious, ambil berat tentang saya and everything.

Awak sebenarnya is just a nobody.

Suami saya izinkan saya terus bekerja sebab dia faham saya meminati bidang penulisan dan kewartawanan. Dia galakkan saya mengembangkan kerjaya.

Saya sepatuh mungkin, melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri solehah pada masa sama sebagai career woman.

Mak dan ayah gembira tengok saya kelihatan bahagia dan kami dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki, diikuti seorang perempuan.

Sebuah karya Jamaliah Mohd Salleh

Bila saya baru lepas kahwin, awak pandai pula cari saya. Nak jumpa saya. Petang itu saya nekad jumpa awak without my husband's knowledge. Kita bukan buat apa. Hanya makan bersama di gerai makanan kawasan Jalan Masjid India.

Awak ingat tak, awak minum teh ais. Saya minum Milo panas. Awak makan nasi ayam, saya makan mee goreng. Lepas tu kita tukar. Awak habiskan mee goreng saya. Saya habiskan nasi ayam awak. Saya rasa seronok sangat dapat jumpa awak.

Semasa makan, awak ada beritahu saya. Awak kata, di suatu hari nanti, kalau saya ditakdirkan kembali menjadi single, awak akan melamar saya dengan segera. Awak ingat tak? Saya ulang, awak ingat tak? I can still remember every word you had uttered, then. Kalau awak tak ingat, awak memang Melayu Mudah Lupa.

Saya ingat sampai sekarang. Saya pegang kata-kata awak. Saya anggap itu janji awak. 

Setelah mendapat anak pertama, saya buat keputusan berhenti kerja untuk menjaga sendiri anak saya. Jadilah saya suri rumahtangga sepenuh masa.

Di sebalik kebahagiaan ini, ada satu rahsia yang saya simpan dan tanggung sendiri tiada siapa yang tahu. Suami tak tahu, Mak dan Ayah pun tak tahu.

Rahsia itu ialah saya sedikit pun tiada rasa cinta terhadap suami saya walaupun saya melayannya dengan baik. Saya hanya berpura-pura. Sebenarnya, saya tidak dapat melupakan awak. Sekali saya jatuh cinta, cinta saya takkan berubah.


Pada Ramadan dalam tahun 2018, suami saya meninggal dunia.

Sekarang dah nak masuk empat tahun saya single. Saya sedang menunggu awak menunaikan janji awak kepada saya.

Saya mula rasa bosan sendirian. Anak-anak dah besar. Dah kahwin dan tinggal di tempat lain. Tapi mereka ada juga balik menjenguk saya dari masa ke masa.

Untuk menghilangkan rasa bosan, saya kembali bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta selepas tamat tempoh edah. Kerja relaks 9am-5pm. Tiada kaitan langsung dengan bidang penulisan dan kewartawanan.

Di tahun 2019, saya terbaca sebuah artikel bahasa Inggeris menarik yang tular. Setelah meneliti, rupanya ia hasil tulisan awak. Awak dah jadi blogger!

Tanpa melengah masa, saya e-mel awak seperti alamat yang tertera. Beberapa jam kemudian, saya terima balasan dari awak. Gembiranya hati saya tidak terkira.

Saya rasa kita macam 30 tahun lebih muda seperti semasa kita di kampus dulu. Kita bertukar-tukar contact numbers dan hubungan intim kita bagaikan tidak boleh dipisahkan lagi. Awak memberi saya kehangatan baru!

First cut is the deepest!


Awak kemudian mempelawa saya membantu awak membangunkan blog awak. Saya menerima pelawaan itu dengan senang hati. Lagipun, sekarang saya ada banyak masa terluang sambil memanfaatkan sedikit pengalaman dan kelayakan akademik dalam bidang kewartawanan. 

Dan yang paling penting, saya lakukannya untuk awak.

Sampai sekarang saya terus membantu awak menerbitkan berbagai artikel di blog awak, termasuk konsep dan teknik persembahan.

Beberapa bulan yang lalu, awak panik jumlah pembaca di blog awak merosot teruk. Malam tu awak beri saya dua assignments penyediaan artikel untuk disiarkan esok. One in English dan satu lagi Bahasa.

Dua-dua topik meraban. (Saya pinjam bahasa Temerloh awak). Saya tegur awak tentang kesan terhadap blog awak dan juga kaitannya dengan etika kewartawanan. Awak meninggikan suara: "Do it or don't do it!"

Bila awak dah cakap macam tu, saya buatlah. You're the boss.

Awak tahu tak, malam tu saya bersengkang mata nak siapkan dua artikel sampai pukul 5 pagi! Saya tak tidur. Lepas solat subuh, saya tidur sekejap dan bersiap untuk pergi kerja.

Sebuah karya Jamaliah Mohd Salleh

You received both completed assignments at 5.22 am. Hati saya jadi sejuk bila terima mesej dari awak. Awak tulis: "You're my wonderful woman....."

Barulah saya sedar, topik meraban itu telah menaikkan semula jumlah pembaca di blog awak. You have made a right decision.

Sebulan dua yang lalu awak belanja saya makan di sebuah kedai mamak. Awak juga beri saya sejumlah wang sebagai tanda penghargaan kepada saya. Awak dapat durian runtuh apa saya tak ingat. Saya ambil. Sebelum kita pulang, saya kembalikan semula wang itu kepada awak. 

Awak marah saya. Awak kata saya menghina awak. Kan saya dah kata dari awal, saya tolong awak ikhlas dan bukan kerana duit. Saya tahu awak bukan senang sangat.

Saya tak perlu duit awak. Saya hanya perlukan awak. Saya tidak merampas awak dari sesiapa. Saya hanya mengutip semula sebutir bintang yang hilang dan kini sudah ditemui. Bagi saya, awak ialah hak ke atas diri saya.

I'm definitely richer than you. Aset, pelaburan dan cash peninggalan arwah suami saya tak habis makan.

Cuma satu perkara yang saya benar-benar hormat pada awak, awak tak pernah minta bantuan kewangan dari saya, walaupun awak tahu saya akan bantu kalau awak minta.

Saya rasa inilah fasa terakhir perhubungan kita berdua sebelum kita menutup mata.

Sebuah karya Jamaliah Mohd Salleh

Kadang-kadang saya rasa jauh hati juga dengan awak akhir-akhir ini. Awak selalu sangat memuji isteri awak. Perfect wife-lah. Pandai memasak-lah. Ambil berat-lah. Yang baik semua isteri awak. Yang buruk semua saya.

Ada satu yang saya tertarik bila awak kata isteri awak berjiwa Islam. Sebab dia izinkan awak kahwin lagi kalau awak nak. Saya nak ketawa bila awak kata dah dapat offer tiada perempuan pula yang nak kahwin dengan awak. Offer tu masih valid ke? Hahaha.

Back to serious issue. Dah masuk dua hari awak mengelak dan tak jawab soalan saya. Setiap kali saya tanya, awak alih cerita lain. Saya geram dengan awak dari dalam kereta lagi kelmarin. 

Saya tanya, awak tukar cerita lawak awak kisah Wahid Satay tak selera makan sebab puteri Raja pengsan. Saya tak tahu dah kali ke berapa awak ceritakan kisah Wahid Satay tu pada saya.

Semasa kita makan goreng pisang, kalau saya tak kawal perasaan saya, saya dah cekik leher awak depan orang sampai awak tak boleh bernafas. Saya geram sangat masa tu. Tapi saya control. Saya kenangkan ramai orang di kedai makan tu.

Mesti ada suatu yang tak kena bila awak tak mahu jawab. Saya nak tahu sahaja. Sekarang, saya tanya sekali lagi soalan tu. Lepas ni saya tak akan tanya lagi:

"Who's that woman?"

Kalau awak masih tak mahu jawab, terpulanglah. Saya pun dah bosan dengan cara awak melayan saya.

Awak selalu beritahu saya awak pantang dicabar. Sekarang saya cabar awak siarkan tulisan saya ini di blog awak yang mempunyai berjuta pembaca itu. Saya beri awak 48 jam. Syaratnya, tulisan saya ini mesti disiarkan tanpa disunting walau satu huruf sekalipun.

Kalau awak siarkan, saya menganggap awak masih sayangkan saya. Saya akan menghormati awak sebagai lelaki yang berani dan jujur.

Sebaliknya, kalau awak bakul-sampahkan tulisan saya ini, saya menafsirkannya hubungan kita sudah berakhir. Awaklah manusia munafik dan hipokrit. Saya akan tinggalkan awak terus. Don't ever look for me. Dan saya haramkan awak menyiarkan foto saya di blog awak. Selamat tinggal.


Saya tahu awak takkan berani menyiarkan tulisan saya ini. Saya tidak menolak kemungkinan menyiarkannya di platform lain.



Artikel ini disiarkan tanpa suntingan.


End©Permadu



Sebuah karya Jamaliah Mohd Salleh

Konsep & Teknik Persembahan
oleh Jamaliah Mohd Salleh

Disiarkan tanpa suntingan dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Kisah Cinta Klasik karya novelis journalis terpinggir
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Kisah Cinta Klasik karya novelis journalis terpinggir with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/03/kisah-cinta-klasik-karya-novelis.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama