Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M

Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M
link : Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M

Read also


Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M

Pertempuran mulut antara dua bekas perdana menteri semakin rancak.

Malaysiakini melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bukan dia seorang sahaja yang menggelar Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai penjenayah, malah banyak pihak di seluruh dunia juga melakukan hal yang sama.

Kata Mahathir, seluruh dunia mengenali nama Najib serta jenayah yang dilakukannya, dan perbuatan itu akan dikenang generasi akan datang.

“Saya bukanlah seorang sahaja yang menyebut nama Najib dan kaitannya dengan jenayah. Seluruh negara, bahkan seluruh dunia menyebut nama Najib sebagai penjenayah dalam ucapan, tulisan, buku (termasuk buku adiknya), radio dan televisyen dan lain-lain media.

“Buku sejarah akan catit nama Najib supaya generasi akan datang kenal Najib sebagai penjenayah yang telah curi duit berbilion yang mahkamah telah sahkan.

“Saya akan sebut nama Najib sebagai penjenayah setiap kali yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Mahathir, dia mengulang-ngulang menyebut nama Najib kerana tidak mahu nilai hidup masyarakat rosak.

Ini kerana katanya, bekas presiden UMNO itu cuba memadam kaitan namanya dengan jenayah dengan membawa tanggapan bahawa rakyat tidak perlu malu apabila “boss” mencuri - merujuk slogan ‘Malu Apa Bosku’ yang sinonim dengan Najib.

“Jika tidak disangkal akan rosaklah masyarakat. Sebab itu hujah “tak malu” bila mencuri perlu ditolak untuk mengekal nilai asal yang mulia. Adalah mustahil Najib dan jenayah yang dilakukan olehnya tidak disebut.

I k l a n 💖:


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/seluruh-dunia-kata-najib-penjenayah.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama