"Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga..."

"Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga..." - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title "Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga...", We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : "Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga..."
link : "Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga..."

Read also


"Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga..."

Seorang lelaki yang hidup bergelumang dengan dosa bersama kawan-kawan, tiba-tiba menjadi insaf apabila salah seorang dari kawannya maut dilanggar kereta sejurus selepas keluar mabuk dari sebuah kelab malam dangdut.

Gambar hiasan dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini.

Maka lelaki itu membuat keputusan untuk mencari seorang guru agama bagi mendalami hal-hal keislaman di samping bercita-cita untuk menjadi seorang insan beriman.

Seorang rakannya mencadangkan seorang Ustaz yang akan mengajarnya secara personalized - seorang guru seorang pelajar. Ustaz akan datang mengajar di rumah lelaki itu sendiri. Selepas waktu Isyak.

Gambar hiasan dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini.

Hari pertama belajar, Ustaz memberi pelajaran asas. Antaranya, rukun Islam, rukun iman dan lain-lain.

Ustaz itu juga sempat bersyarah dengan berkata: "Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga, saya tetap beribadah seperti biasa."

Selepas Ustaz pulang, lelaki itu terfikir sendiri, lalu hatinya berkata: "Sekarang bukan zaman Rasulullah SAW, boleh tentukan diri sendiri confirm masuk syurga. Kalau Nabi Muhammad SAW yang confirmkan, barulah boleh diterima."

Lantaran itu, dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelajaran agama dengan Ustaz itu. Itulah hari pertama dan terakhir. 

Keesokan harinya, seorang kawan lagi recommend seorang Tuan Guru "bertaraf keramat". Yang ini belajar di rumah Tuan Guru sendiri, tetapi secara berkumpulan. Setiap malam pukul 9.

Sesampai di rumah Tuan Guru, lelaki itu melihat sudah ada lebih kurang 20 orang pelajar termasuk lima orang pelajar perempuan.

Tuan Guru memulakan pembelajaran dengan memberi syarahan pengenalan.

Selepas itu, Tuan Guru meminta semua pelajar berdiri, bertakbir Allahuakbar berulang-ulang, sambil melompat seperti menunggang kuda, pada masa sama membayangkan sedang berperang di padang pasir melawan "musuh Islam".

Selepas lebih satu jam, pembelajaran hari itu tamat. Sebelum pulang, pelajar diminta isi borang untuk menjadi ahli sistem piramid MLM, satu produk jualan langsung (direct selling) yang popular ketika itu. Bagaimanapun, tiada paksaan. Lelaki itu memilih untuk tidak menyertai MLM itu.

Ketika menghidupkan enjin kereta untuk pulang, lelaki itu termenung seketika. Di dalam hatinya berkata: "Mengarut!!"

Itulah hari pertama dan terakhir bersama Tuan Guru "bertaraf keramat".

Gambar hiasan dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini.

Akhirnya lelaki itu memilih opsyen ketiga iaitu selalu sembahyang berjemaah di masjid, di samping mendengar syarahan agama antara Maghrib dan Isyak. Dia juga selalu membaca buku-buku agama di perpustakaan di masjid itu.

Gambar hiasan dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini.

Cerita di atas adalah flashback yang diceritakan oleh kawan saya yang ditemui baru-baru ini secara tak sengaja sejak kesekian lama tidak berjumpa. Kami terserempak ketika singgah di masjid di sebuah daerah.

Selepas itu kami lepak di kedai mamak berdekatan sambil berbual kisah lama.

"Tak pergi kelab malam dangdut lagi?" tanya saya.

"Sejak arwah meninggal accident, saya terus stop," jawabnya, "...saya pun tak nampak awak beberapa bulan sebelum saya stop."

"Ohh... saya pindah, tukar tempat kerja," saya memberitahunya.

"Penyanyi kelab malam tu cari awak.. dia selalu tanya saya pasal awak.. dia minta nombor telefon awak, saya pun tak tahu.."

"Penyanyi yang mana?" saya berpura-pura tak kenal.

"Alaa, takkan awak tak tahu. Yang awak peluk dia, dia menjerit tu.. (ketawa) Dia kan adik kepada penyanyi terkenal," kata kawan saya yang mendakwa ada pertalian persaudaraan dengan penyanyi itu.

"Oh itu cerita lama," saya menjustifikasi.

I k l a n 💖:


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: "Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga..."
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article "Walaupun saya memang dah confirm masuk syurga..." with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/saya-memang-dah-confirm-masuk-syurga.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama