Keterangan Leissner gambarkan keluarga Zeti terlibat rasuah

Keterangan Leissner gambarkan keluarga Zeti terlibat rasuah - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Keterangan Leissner gambarkan keluarga Zeti terlibat rasuah, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Keterangan Leissner gambarkan keluarga Zeti terlibat rasuah
link : Keterangan Leissner gambarkan keluarga Zeti terlibat rasuah

Read also


Keterangan Leissner gambarkan keluarga Zeti terlibat rasuah

Malaysiakini melaporkan bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner, dalam keterangannya di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York, menyebut 'rasuah yang membabitkan suami bekas gabenor Bank Negara'.

Tim Leissner

Bagaimanapun, dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suapan telah dibayar atau tidak.

Menurut transkrip mahkamah perbicaraan Roger Ng, Leissner menyebut perkara ini apabila ditanya oleh pendakwa raya mengenai urusannya dengan projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.

Jelasnya, dia telah mendengar melalui Ng - orang bawahan Leissner pada masa itu - bahawa 1MDB telah melabur AS$1 bilion ke dalam usaha sama itu.

“Anda perlu faham pada 2009 Malaysia masih mempunyai kawalan modal, yang memerlukan pelaburan sebesar itu untuk diluluskan oleh Bank Negara dari segi wang yang keluar negara.

“Mereka pada dasarnya perlu meluluskan satu bilion dolar keluar dari Malaysia. Dan apa yang dilaporkan oleh Roger (Ng) kepada saya ialah dia telah mendengar bahawa wang itu meninggalkan negara dalam tempoh yang singkat (overnight).

“Satu bilion dolar disalurkan dalam waktu yang singkat ke Malaysia kepada usaha sama itu dan ia telah dilakukan kerana suami kepada gabenor Tan Sri Zeti (Akhtar Aziz) di Bank Negara ketika itu telah menerima rasuah untuk melaksanakannya.

Zeti Akhtar Aziz

“Jadi, dalam waktu singkat wang itu dipindahkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada masa itu. Tiada kelulusan diperoleh secepat itu dengan Bank Negara,” kata Leissner.

Apabila disoal oleh pendakwa raya jika rasuah sebenar telah dibayar berhubung dengan usaha sama PetroSaudi-1MDB, Leissner menjawab: "Saya tidak tahu secara bebas jika rasuah telah dibayar.

"Berdasarkan transkrip keterangan Leissner pada 22 Februari, dia menyebut nama Zeti dua kali dan tidak menyebut suaminya, Datuk Seri Tawfiq Ayman.

Pada November tahun lalu, SPRM berkata Singapura telah menghantar balik ke Malaysia dana AS$15.4 juta yang berkaitan 1MDB melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq.

Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009 dan telah dimaklumkan kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.

Nor Mohamed Yakcop

SPRM tidak mengulas secara terbuka mengenai perkara itu tetapi beberapa laporan mencadangkan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat pembabitan Tawfiq, bersama bekas menteri kewangan kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Roger Ng

Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan Roger Ng yang didakwa atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan urusan 1MDB.

Pada 2018, Leissner mengaku bersalah atas pertuduhan serupa dan dipaksa untuk melucuthak sebanyak AS$44 juta.

Mohd Najib Tun Razak

Sementara itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang mengenali Leissner ketika menjadi perdana menteri, hari ini berkata dia merasa pelik bahawa media tidak melaporkan sebahagian daripada keterangan Leissner ini.

Kebanyakan organisasi media Malaysia telah mengeluarkan semula laporan Bloomberg mengenai keterangan Leissner mengenai permintaan Low Taek Jho supaya tiga anak Najib diambil bekerja di Goldman Sachs.

Sejak itu, Najib menjelaskan bahawa anak-anaknya tidak pernah menerima tawaran kerja seperti itu daripada Goldman Sachs.

I k l a n 💖:


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Keterangan Leissner gambarkan keluarga Zeti terlibat rasuah
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Keterangan Leissner gambarkan keluarga Zeti terlibat rasuah with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/keterangan-leissner-gambarkan-keluarga.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama