Satu sen pun tak dibayar tapi saya okay

Satu sen pun tak dibayar tapi saya okay - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Satu sen pun tak dibayar tapi saya okay, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Satu sen pun tak dibayar tapi saya okay
link : Satu sen pun tak dibayar tapi saya okay

Read also


Satu sen pun tak dibayar tapi saya okay

Okay tapi bengang

Harian Metro melaporkan bekas Perunding Kreatif Kementerian Luar, Datuk Seri Eizlan Yusof menganggap dirinya hanya bekerja sebagai sukarelawan kerana tidak menerima gaji selama empat bulan berkhidmat di kementerian itu.

Eizlan yang ditemui pada sidang media secara virtual, baru-baru ini bagi menjelaskan isu penamatan kontraknya tanpa penjelasan memaklumkan dia umpama melakukan program 'khidmat negara'.

"Selama berkhidmat itu, saya tidak dibayar gaji pun dan hanya bekerja sebagai sukarelawan. Malah, saya pula yang terpaksa menggunakan wang sendiri. Begitu juga dengan elaun, saya tak pernah dapat pun. "Satu sen tak dibayar tapi saya okay saja dan tetap buat kerja atas rasa tanggungjawab kerana nak melihat industri maju. Kita ada matlamat untuk membawa dan melihat industri ini mara ke peringkat yang lebih tinggi," katanya yang juga pelakon.

Eizlan berkata, dia dan juga rakannya yang juga bekas Setiausaha Kebudayaan, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri pernah ke Korea Selatan bagi menjalankan urusan kerja mereka,

"Kami sudah beberapa kali pergi ke Korea Selatan dan kami juga sudah mendapat kepercayaan mereka dalam membentuk 'blueprint'. Itu sebabnya kami berada di kementerian itu.

"Saya sanggup untuk bersama-sama walaupun tiada gaji atau elaun walau satu sen pun. Malah, saya tidak pernah merungut sebab itu tanggungjawab yang dipikul," katanya.

Pada Khamis lalu, media melaporkam Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengumumkan kontrak Ahmad Idham, Eizlan dan setiausaha sulitnya, Datuk Fizal Fauzi sudah ditamatkan.

Difahamkan ia berlaku dalam tempoh 24 jam, namun Saifuddin tidak menyebut secara spesifik tarikh kontrak ketiga-tiga individu berkenaan ditamatkan.

Kisah perlucutan jawatan secara mengejut itu bagaimanapun tular di media sosial dan memerlukan Eizlan dan Ahmad Idham tampil membuat penjelasan berhubung kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan.

Apapum, dua figura berkaliber industri seni ini mengakui mereka kesal dan terkilan kerana kontrak kerja itu ditamatkan tanpa alasan serta sebab kukuh termasuk sebarang perbincangan dilakukan.

Mereka juga mendakwa sudah berusaha memberikan perkhidmatan dan kerjasama baik dengan mengikut semua arahan diberikan pihak kementerian sepanjang tempoh bekerja itu.

Terdahulu, lantikan Eizlan dan Ahmad Idham selaras objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia pada 1 November, tahun lalu.

Namun, surat ditamatkan perkhidmatan diterima mereka pada 28 Februari lalu walaupun tarikh sebenar yang tertulis dalam surat berkenaan ialah 23 Februari dan tanpa disertakan alasan.


End©Permadu


Disediakan oleh Nazura Othman
Penulis Berita Permadu Malaysia




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Satu sen pun tak dibayar tapi saya okay
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Satu sen pun tak dibayar tapi saya okay with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/03/satu-sen-pun-tak-dibayar-tapi-saya-okay.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama