Amaran: PAS dah lama sabar!

Amaran: PAS dah lama sabar! - Hi friends, I hope you are all in good health gemenne, In the article you are reading this time with the title Amaran: PAS dah lama sabar!, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Amaran: PAS dah lama sabar!
link : Amaran: PAS dah lama sabar!

Read also


Amaran: PAS dah lama sabar!

Puak tertentu dalam UMNO lakukan pengkhianatan, kata pemimpin PAS

PAS berpandangan siri "pengkhianatan" oleh UMNO bukan dicetuskan parti itu secara keseluruhan, tetapi oleh puak tertentu di dalamnya, demikian menurut laporan Malaysiakini.

Namun Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin berkata kesabaran partinya dalam mendepani karenah UMNO ada batasnya.

"Ada segelintir pemimpin UMNO nak bertindak keterlaluan dengan pelbagai yang berlaku, seperti pembubaran DUN di Melaka, begitu juga (rampasan kuasa) di Perak. Sekarang ini berlaku di Johor.

"Jadi kita tak boleh letakkan UMNO secara keseluruhan dalam satu bakul. Ada kluster-kluster tertentu. Penghormatan PAS kepada UMNO adalah terhadap kluster yang mahukan penyatuan ummah dan yang fokus untuk Malaysia kembali kepada tempatnya selepas berdepan dengan Covid-19.

"Namun begitu, kesabaran PAS ada hadnya," katanya ketika sesi dialog bersama Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Khairil Nizam tidak menyebut sebarang nama secara khusus tetapi berkata kluster yang menimbulkan masalah adalah mereka yang berdepan kes mahkamah dan telah "memalukan negara di peringkat dunia".

"Kluster mahkamah ini bukannya sains roket, maklumatnya boleh diakses di mana-mana. Kalau tak percaya, pergi ke luar negara (dan) tanya mereka kenapa mereka kenal Malaysia.

"Ini memalukan. Maruah (negara) tergadai kerana kejahatan pemimpin-pemimpin ini. Kenapa kita nak letak pemimpin ini menerajui tampuk pemerintahan negara sekali lagi?" soalnya.

Terdahulu, PAS telah berusaha mewujudkan kerjasama politik dengan UMNO dan Bersatu.

Namun, UMNO di bawah kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dilihat mengenepikan mereka dalam usaha untuk sekali lagi mendominasi secara sendiri.

Kata Khairil Nizam lagi, walaupun PAS bersikap sabar, titik perubahan berhubung perkara itu boleh berlaku.

Pada masa sama, dia berkata beberapa pertimbangan perlu diambil kira.

Jika ia menjejaskan penyatuan orang Islam, katanya lagi, PAS "tidak akan teragak-agak" untuk mengambil tindakan terhadap hubungan dengan UMNO.

"Pengkhianatan sebilangan pemimpin UMNO terhadap hubungan kita dalam Muafakat Nasional atau kerajaan Perikatan Nasional sedang diambil kira.

"Kalau tanya saya bila turning point untuk PAS, ia perlukan prosedur," katanya.

Dia berkata, jika isu tersebut terus disuarakan dengan kuat, muktamar khas mungkin diadakan untuk membincangkannya sebelum dibawa ke Majlis Syura Ulamak untuk menentukan dasar parti.

"Kita harap rakyat, khususnya ahli PAS dan Bersatu supaya bersabar. Tindakan yang kita ambil berstrategi, berperingkat, jangan gopoh," katanya lagi.


End©Permadu



Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu


That's the article: Amaran: PAS dah lama sabar!
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Amaran: PAS dah lama sabar! with link address https://gemenne.blogspot.com/2022/02/amaran-pas-dah-lama-sabar.html

More Articles

Post a Comment

Terbaru Lebih lama